BISA 2026 PLATFORM PENGIKTIRAFAN PEMBANGUNAN MAMPAN DI BINTULU | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
» ARTICLE » BISA 2026 PLATFORM PENGIKTIRAFAN PEMBANGUNAN MAMPAN DI BINTULU

BISA 2026 PLATFORM PENGIKTIRAFAN PEMBANGUNAN MAMPAN DI BINTULU

BINTULU, 16 Mac — Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) memperkenalkan Bintulu Sustainability Award (BiSA) 2026 sebagai platform pengiktirafan kepada individu, komuniti, institusi pendidikan, agensi kerajaan serta sektor perusahaan dan perkhidmatan yang melaksanakan amalan pembangunan mampan di Bahagian Bintulu.
 
Pengurus Besar BDA merangkap Penaung BiSA 2026, Datu Muhamad Yakup Kari berkata, penganjuran anugerah itu dilaksanakan dengan kerjasama beberapa rakan strategik, termasuk Jabatan Alam Sekitar, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Universiti Putra Malaysia Sarawak serta Pejabat Pendidikan Daerah Bintulu.
 
"BiSA 2026 menampilkan enam kategori utama, iaitu perusahaan, perkhidmatan, institusi pendidikan, agensi kerajaan, komuniti dan individu," ujarnya dalam sidang media selepas Majlis Pra Perlancaran Bintulu Sustainability Awards (BiSA) 2026 di Wisma Bintulu, pagi tadi.
Penyertaan dibuka secara percuma secara dalam talian dengan tarikh tutup bagi kategori sekolah menengah pada 30 Jun, manakala kategori lain pada 31 Julai.
 
Majlis Anugerah BiSA 2026 dijangka berlangsung pada Oktober depan bagi mengiktiraf organisasi dan individu yang cemerlang dalam amalan kelestarian di Bahagian Bintulu.
 
 

Date of Input: 08/04/2026 | Updated: 08/04/2026 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
-
F, (06:36:26pm-06:41:26pm, 14 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]