Pada 21 hingga 23 Oktober 2024 yang lepas, Tuan Haji Fakhzan Haji Buang telah mewakili UPM dan juga Malaysia untuk menghadiri ERASMUS Staff Training Week yang diadakan di SGH Warsaw School of Economics, Poland. Seramai 28 orang yang hadir dari pelbagai negara, antaranya dari Kanada, Morrocco, Ukraine, Mauritius, China, Armenia, Moldova, Sinegal, Peru, Uruguay, Mesir dan beberapa buah negara lain.
Bengkel ini diadakan untuk memberi fokus kepada inisiatif pengantarabangsaan pendidikan tinggi di peringkat global. Sesi interaksi turut diadakan dalam membincangan isu-isu inisiatif pengantarabangsaan peringkat universiti, peluang mobiliti pelajar dan staf dan jaringan projek antarabangsa.
Pegawai Kanan dari ibu pejabat ERASMUS dan NAWA (Polish National Agency for Academic Exchange’s Post) turut hadir menyampaikan taklimat berkaitan pengantarabangsaan pendidikan tinggi yang melibatkan pihak European Commision dan beberapa agensi utama di negara Eropah.
Dalam pada masa yang sama juga, Tuan Haji Fakhzan Haji Buang turut menyampaikan taklimat dan penerangan berkenaan info korporat UPM, UPMKB serta penubuhan Konsortium Universiti Universitas Borneo (KUUB). Menurut beliau, beberapa negara menyatakan minat untuk bekerjasama dengan pihak KUUB di masa akan datang.
Peluang untuk hadir ke program ini serba sedikit dapat mempromosikan UPMKB di peringkat antarabangsa, bahkan saya sendiri banyak belajar pelbagai budaya, sistem pendidikan negara luar dan juga mengenali budaya serta sejarah Poland dengan lebih dekat, tambah beliau lagi.
Para delegasi turut juga dibawa ke lawatan ilmiah ke Kota Krakow, Poland yang juga merupakan bekas ibu negara serta bandar tertua di negara Poland.
Date of Input: 15/11/2024 | Updated: 15/11/2024 | lanz
MEDIA SHARING