40 SISWA UPMKB JAYAKAN PROGRAM BERSAMA ANAK YATIM | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
» NEWS » 40 SISWA UPMKB JAYAKAN PROGRAM BERSAMA ANAK YATIM

40 SISWA UPMKB JAYAKAN PROGRAM BERSAMA ANAK YATIM

BINTULU: Seramai 40 mahasiswa Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) berkongsi ilmu dalam Program Kasih Seikhlas Hati bersama anak-anak yatim di Kompleks Kebajikan Hamidah Yakup Miri baru-baru ini.

Program anjuran pelajar Kursus Kokurikulum QKK2101 Bakti Siswa, Semester Kedua Sesi Akademik 2024/2025, UPMKB itu berlangsung pada 28 Februari hingga 1 Mac lepas dan dihadiri Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin.

Hadir sama Dekan Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains UPMKB Profesor Madya Dr Wong Tze Jin yang mewakili Pengarah Kampus UPMKB Profesor Dr Shahrul Razid Sarbini dan Exco Lembaga Kebajikan Anak-Anak Yatim Negeri Sarawak (PERYATIM) Cawangan Miri Yusree Kamaruzzaman.

Pengarah program Muhammad Hariz Danish berkata, program itu bertujuan merapatkan hubungan mahasiswa UPMKB dengan anak-anak yatim, sekali gus menceriakan mereka dengan pengisian aktiviti-aktiviti yang menarik.

Katanya, antara aktiviti diadakan ialah pertandingan reka cipta bahan terpakai dalam menghasilkan kereta belon, menara kreatif dan letusan gunung berapi.

"Ini usaha kita untuk memupuk anak-anak yatim agar lebih tertarik dalam bidang sains," katanya.

Pada masa sama fasilitator program Mohd Saufi Mohd Ramli berkata, program tersebut adalah gabungan idea pelajar daripada pelbagai jurusan dan latar belakang.

Katanya, pelaksanaannya menjadi mudah kerana mahasiswa ini bersedia dan berani menyahut cabaran untuk berbakti kepada masyarakat luar tanpa prejudis meskipun tidak berpengalaman.

"Program serampang dua mata ini relevan dalam mendidik golongan muda seperti mahasiswa supaya sentiasa terbuka, bertimbang rasa, prihatin serta sentiasa mencari peluang untuk membantu masyarakat setempat," katanya.

Selain itu katanya, ia memberi pendedahan kepada mahasiswa ini untuk bergaul dengan masyarakat serta memanfaatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang mereka ada bersama anak-anak yatim.

Date of Input: 13/03/2025 | Updated: 13/03/2025 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
W.2025/7/4:11:21:57~noCache