BINTULU, 31 Ogos 2025 – Pertandingan memancing paling epik sempena sambutan Hari Kebangsaan, Battle of The Angler (BOTA 2.0) Edisi Merdeka, telah berlangsung dengan penuh meriah di Kolam Mega Bintulu, Sarawak. Acara ini menghimpunkan 1,281 peserta dari seluruh Sarawak, Semenanjung Malaysia, Brunei Darussalam, dan Indonesia – menjadikannya antara kejohanan memancing terbesar di rantau ini.
Kenny ak Johari (Bintulu) dinobatkan JOHAN keseluruhan dengan tangkapan ikan seberat 13.150kg dan membawa balik hadiah wang tunai RM70,000, sijil & mock cek. NAIB JOHAN dimiliki oleh Sunario Paelani (Indonesia) dengan berat ikan 13.080kg, berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000, sijil & mock cek. Manakala kedudukan KETIGA; Soo Thin Pin (Bintangor), tangkapan 11.340kg serta hadiah wang tunai RM10,000, sijil & mock cek.
Pertandingan ini buat julung kalinya dianjurkan oleh Pelajar Kursus Kokurikulum Berkredit QKS2118 Memancing (Kumpulan 1) Ambilan Diploma Semester 1 Sesi Akademik 2025/2026, dengan kerjasama Pejabat Pengurusan Pelajar, UPM Sarawak.
Objektif penganjuran bukan sekadar menguji kemahiran serta kesabaran memancing, tetapi turut membentuk sahsiah diri dan mengasah kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar melalui pengalaman luar bilik kuliah.
Tahniah kepada semua peserta! Semoga BOTA 2.0 terus menjadi platform sukan memancing bertaraf antarabangsa pada edisi yang akan datang.
Date of Input: 03/09/2025 |
Updated: 03/09/2025 | lanz
MEDIA SHARING