FESTIVAL KESENIAN ISLAM (IFEST 2025) EDISI KE-3: PERTANDINGAN MEMANAH SERLAH KEHEBATAN PEMAIN! | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
» NEWS » FESTIVAL KESENIAN ISLAM (IFEST 2025) EDISI KE-3: PERTANDINGAN MEMANAH SERLAH KEHEBATAN PEMAIN!

FESTIVAL KESENIAN ISLAM (IFEST 2025) EDISI KE-3: PERTANDINGAN MEMANAH SERLAH KEHEBATAN PEMAIN!

BINTULU, 23 Ogos 2025 – Lapang Sasar Memanah dan Pusat Islam UPMS meriah dengan kehadiran 265 peserta dari seluruh Sarawak dalam Pertandingan Memanah Festival Kesenian Islam (iFest 2025) yang berlangsung penuh semangat dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
 
Acara ini menyaksikan persaingan sengit antara pemanah muda dan berpengalaman dalam pelbagai kategori, termasuk Sekolah Rendah Recurve & Tradisional serta Terbuka Recurve dan Dinamik.
 
Antara wira podium yang mencuri tumpuan:
Kategori Sekolah Rendah Recurve Lelaki – Mohammad Hakeem Zakwan Khairul Fadly menjuarai persaingan sengit.
Kategori Sekolah Rendah Recurve Perempuan – Qrystabelle Felizter Darai ungguli podium.
Kategori Sekolah Rendah Tradisional Lelaki dan Perempuan - Nufail Irfan Bin Norkamarulzaman dan Ayatul Husna ungguli Johan
Kategori Terbuka Recurve Lelaki – Louis Wong Li Hon buktikan ketepatan dan fokus.
Kategori Terbuka Recurve Wanita – Nurul Ain Nasuha Iskandar raih gelaran juara.
Kategori Dinamik Terbuka Lelaki & Wanita – Ibrahim Yusof dan Jureena Karang menguasai pentas utama.
 
Program ini dianjurkan bagi memartabatkan sukan sunnah dan memperkukuh ukhuwah dalam kalangan masyarakat, selaras dengan nilai-nilai Festival Kesenian Islam.
 
Tahniah kepada semua pemenang dan setinggi penghargaan kepada Persatuan Memanah Bintulu atas kerjasama menjayakan acara gilang-gemilang ini.
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Date of Input: 03/09/2025 | Updated: 03/09/2025 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
W, (09:51:53pm-09:56:53pm, 06 Sep 2025)   [*LIVETIMESTAMP*]