Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah bersama para penerima Borneo Inspire Legacy Award.
KUCHING, 3 Okt: Borneo Inspires Legacy Awards (BILA) 2025 meraikan organisasi dan individu yang mencipta impak sosial, ekonomi dan alam sekitar menerusi penganjuran acara perniagaan di Sarawak.
Dalam kategori Sarawak Industry, Spiral Eventz Management Sdn Bhd diumumkan sebagai Champion menerusi Spiral Legacy Projects, manakala Sago Group Sdn Bhd menerima gelaran Accelerator melalui inisiatif Sago Incubator.
Hotel Mercure Miri dinobatkan Champion kerana menerajui hospitaliti mampan, manakala projek Landik Batik Borneo oleh Landik memenangi kategori Accelerator.
Majlis penyampaian anugerah ini disempurnakan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang mewakili Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di sini, hari ini.
Turut hadir, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.
BorneoTalk pula diangkat sebagai pemenang utama kategori Journalism melalui liputan Sabal Forest Reserve – A Living Legacy of Conservation and Ecotourism.
The Borneo Post menerima pengiktirafan Journalism Accelerator menerusi laporan Challenges Ahead for the CCUS Pathway 2025, manakala The Shift Asia (Cloud E Sdn Bhd) dinamakan Journalism Changemaker.
Dalam kategori Corporate Meetings and Incentives (CSR), Spogomi Team Building and Retreat 2025 anjuran Brewspark Technologies Group diumumkan sebagai Champion.
Program GRADUAN x Gawai Cultural Bridge 2025 meraih CSR Accelerator, manakala Jubilant Annual Awards oleh Cat City Holidays Sdn Bhd menerima gelaran CSR Changemaker.
Kategori Conventions and Exhibitions (Environmental) turut menobatkan Asia Pacific Green Hydrogen Conference & Exhibition 2024 (APGH 2024) anjuran Borneo Business Connect (BBC) Sdn Bhd sebagai Environmental Champion.
Asia Carbon Conference 2023 oleh Argus Media menerima gelaran Accelerator, manakala COSAFS 2024 anjuran UPM Sarawak dinobatkan sebagai Changemaker.
Untuk kategori Conventions and Exhibitions (Social), Asia for Animals Sarawak Conference (AfA 2023) anjuran SSPCA dinobatkan sebagai Social Champion.
Rabies in Borneo Conference (RIB 2023) menerima gelaran Accelerator, manakala ICEM 2023 anjuran UiTM Cawangan Sarawak diiktiraf sebagai Changemaker.
Sementara itu, kategori Conventions and Exhibitions (Honorary) menyaksikan BioSFE 2023 anjuran UiTM Cawangan Sarawak diumumkan sebagai Honorary Champion.
WCIT | IDECS 2023 anjuran Sarawak Digital Economy Corporation Berhad menerima Honorary Accelerator, manakala 1st ASEAN Tourist Guides Conference 2024 dinobatkan sebagai Honorary Changemaker. – TVS