KARNIVAL PENDIDIKAN & KERJAYA KOLEJ MATRIKULASI SARAWAK 2025 BUKA PELUANG KEPADA GENERASI MUDA | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
» NEWS » KARNIVAL PENDIDIKAN & KERJAYA KOLEJ MATRIKULASI SARAWAK 2025 BUKA PELUANG KEPADA GENERASI MUDA

KARNIVAL PENDIDIKAN & KERJAYA KOLEJ MATRIKULASI SARAWAK 2025 BUKA PELUANG KEPADA GENERASI MUDA

Kuching, 3 Oktober 2025 – Karnival Pendidikan & Kerjaya Kolej Matrikulasi Sarawak 2025 anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia berlangsung dengan meriah, menghimpunkan pelbagai institusi pendidikan tinggi dan agensi kerjaya bagi memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai masa depan pendidikan dan pekerjaan.
 
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Junaidi Abd. Aziz, Pengarah Kolej Matrikulasi Sarawak, yang menegaskan kepentingan penganjuran program seumpama ini sebagai platform mempersiapkan pelajar dengan maklumat yang tepat, selari dengan hala tuju pembangunan pendidikan negara.
 
Turut serta dalam karnival ini ialah Pejabat Pengurusan Akademik dan Penyelidikan (PPAP), Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) yang diketuai oleh Puan Rosidah binti Basir, Penolong Pendaftar Kanan PPAP. Melalui ruang pameran yang disediakan, UPMS memperkenalkan pelbagai program pengajian, laluan kemasukan, serta peluang penyelidikan dan kerjaya yang ditawarkan kepada pelajar.
 
Penganjuran karnival ini berjaya menjadi jambatan yang menghubungkan pelajar dengan peluang pendidikan tinggi dan industri, sekaligus membantu mereka merancang hala tuju akademik dan kerjaya dengan lebih jelas serta berstrategi.
 
 
 
 

 

Date of Input: 07/10/2025 | Updated: 07/10/2025 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
W, (05:18:54pm-05:23:54pm, 07 Oct 2025)   [*LIVETIMESTAMP*]