BINTULU: Usaha memupuk budaya membaca dalam kalangan masyarakat terus diperkukuh apabila Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) menganjurkan Program Jom Baca Bersama 10 Minit yang berlangsung meriah di Perpustakaan UPMS, semalam.
Program tersebut mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan bukan sahaja dalam kalangan warga kampus, malah guru sekolah, pelajar serta orang awam yang turut hadir pada program itu.
Sepanjang program berlangsung, para pengunjung meluangkan masa selama 10 minit untuk membaca bahan pilihan masing-masing yang merangkumi buku ilmiah, bahan rujukan akademik mahupun bacaan santai.
Inisiatif ringkas ini dilihat mampu mencetuskan kesedaran tentang kepentingan amalan membaca dalam kehidupan seharian.
Walaupun tempoh yang diperuntukkan hanya singkat, penganjuran program ini membawa mesej besar dalam usaha menyemai minat membaca dalam kalangan masyarakat selaras dengan tema tahun ini, 'Membaca Menggembirakan, Membaca Membina Bangsa'.
Pihak penganjur berharap program seumpama ini dapat diteruskan secara berterusan sebagai platform memperkasa budaya ilmu, sekali gus melahirkan masyarakat yang berpengetahuan dan berdaya saing.
Dalam pada itu, penghargaan turut dizahirkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program berkenaan dengan harapan amalan membaca akan terus menjadi budaya yang subur dalam kalangan masyarakat.

Date of Input: 04/05/2026 | Updated: 04/05/2026 | lanz

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia
Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia