PROGRAM ENVIRONMENT FUN RUN 2025: Back To Nature UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK (UPMS) | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
» NEWS » PROGRAM ENVIRONMENT FUN RUN 2025: "Back To Nature" UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK (UPMS)

PROGRAM ENVIRONMENT FUN RUN 2025: "Back To Nature" UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK (UPMS)

BINTULU, 18 OKTOBER 2025 - Program Environment Fun Run 2025 telah berlangsung dengan meriah di sekitar kawasan Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS). Program ini bertujuan untuk memupuk kesedaran dalam kalangan warga kampus dan masyarakat setempat mengenai kepentingan menjaga alam sekitar melalui aktiviti riadah yang sihat dan menyeronokkan.
 
Program ENVIRONMENT FUN RUN 2025: "Back To Nature" merupakan program anjuran Seki Sukan dan Rekreasi Kolej Sri Rajang, Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) bekerjasama dengan Sekolah Rendah Integrasi Al-Amin Bintulu (SRIAAB) di Dewan Sri Kenyalang, UPMS.
Seramai 540 orang peserta terdiri daripada mahasiswa/i UPM Sarawak, pelajar sekolah, staf dan masyarakat sekitar telah menyertai larian sejauh 5 kilometer yang melalui kawasan hijau dan persekitaran kampus.
 
Majlis perasmian dan pelepasan larian telah disempurnakan oleh Wakil Yang Berhormat Encik Johnny Pang Leong Ming, Puan Angellie Stephen Raja, Setiausaha Politik Premier Of Sarawak. Turut hadir bersama, Puan Siti Rajanah Binti Abdul Aziz, Timbalan Pengarah Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat UPMS, Puan Zuraida Abu Bakar Ketua Bahagian Kewangan UPMS, Encik Mahdi Bin Lamit, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Bintulu, Mualim Ahmand Fathullah Bin Ali, Guru Besar SRIAAB dan Mualim Sirrullah Bin Syaiful Syuriansyah, Penolong Kanan Kokurikulum SRIAAB.
 
Dalam sesi ucapan majlis perasmian, Puan Angellie Stephen Raja menekankan UPM sebagai universiti yang mempromosikan kelestarian alam dan kesejahteraan komuniti, memainkan peranan penting dalam mendidik generasi muda tentang kepentingan menjaga alam sekitar dan memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar. Beliau mengharapkan agar program seumpama ini akan diteruskan dan diperluaskan pada masa yang akan datang dengan melibatkan lebih banyak pihak termasuk komuniti luar, industri dan agensi kerajaan atau NGO bagi merealisasikan matlamat bersama untuk mewujudkan masyarakat yang sihat dan aktif dalam aktiviti fizikal.
 
Beliau juga merakamkan penghargaan kepada Kolej Sri Rajang, UPM Sarawak yang telah bekerjasama dengan Sekolah Rendah intergrasi Al-Amin Bintulu serta Jawatankuasa Pelaksana Program atas komitmen dan usaha keras dalam menganjurkan acara yang berimpak tinggi ini. Kejayaan program ini mencerminkan semangat kerjasama dan keperihatinan terhadap alam sekitar yang perlu dicontohi oleh masyarakat.
 
Program ini turut mendapat pujian atas pengurusan yang lancar dan penyertaan yang menggalakkan. Tahniah diucapkan kepada Pengarah Program, Saudari Izzati, serta seluruh Jawatankuasa Pelaksana atas kejayaan penganjuran ini.
 
Program ini turut mendapat bimbingan dan sokongan daripada Penasihat Program, Puan Azizah Abdul Manaf, yang memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran keseluruhan pelaksanaan.
 
Melalui penganjuran seperti ini, UPM Sarawak terus komited dalam memupuk gaya hidup sihat dan kesedaran kelestarian alam sekitar dalam kalangan komuniti kampus dan masyarakat setempat.
 
Taniah diucapkan kepada semua peserta yang berjaya menamatkan larian dan terima kasih atas sumbangan dalam menjayakan program ENVIRONMENT FUN RUN 2025: "Back To Nature"
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Date of Input: 22/10/2025 | Updated: 22/10/2025 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
-
W, (09:50:52pm-09:55:52pm, 21 Nov 2025)   [*LIVETIMESTAMP*]