PROGRAM “WRITING SMARTER: UNLOCKING THE POWER OF APPS AND AI TECHNOLOGIES” | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
» NEWS » PROGRAM “WRITING SMARTER: UNLOCKING THE POWER OF APPS AND AI TECHNOLOGIES”

PROGRAM “WRITING SMARTER: UNLOCKING THE POWER OF APPS AND AI TECHNOLOGIES”

Unit Penyelidikan, Jabatan Sains Tanaman, Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan (FSPH), Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) telah menganjurkan program bertajuk “Writing Smarter: Unlocking the Power of Apps and AI Technologies” pada 20 Mei 2025 (Selasa) bertempat di Makmal Komputer D, Bahagian Teknologi Maklumat.

Program ini merupakan inisiatif proaktif yang bertujuan untuk memperkenalkan, melatih dan membimbing pelajar prasiswazah tahun akhir serta pelajar pascasiswazah dalam penggunaan aplikasi dan teknologi kecerdasan buatan (AI) terkini bagi mempertingkatkan mutu penulisan akademik dan profesional.

Seramai 30 orang pelajar penyelidik telah menyertai program ini, yang merangkumi dua sesi utama iaitu pembentangan dan latihan amali (hands-on training). Sesi tersebut telah dikendalikan oleh LAr. Dr. Owen Yeo Thian Seng dan Dr. Mohammad Azizi Haji Jamil, yang berkongsi pelbagai aplikasi dan teknologi AI relevan dalam proses penulisan, termasuk teknik pencarian dan penulisan ulasan kepustakaan (literature review), penjanaan idea (brainstorming), serta strategi memperkemas gaya penulisan mengikut bidang pengajian masing-masing.

Program ini turut mendapat sokongan penuh daripada HRD Corp selaku rakan penganjur sempena Minggu Latihan Kebangsaan 2025. Inisiatif ini diketuai oleh Ts. Dr. Shiamala Devi Ramaiya dan Dr. Muhamad Azmi Mohammed dari Jabatan Sains Tanaman.

Melalui penganjuran program ini, diharapkan para pelajar FSPH, sama ada di peringkat prasiswazah mahupun pascasiswazah, dapat memanfaatkan teknologi digital secara optimum bagi meningkatkan produktiviti serta memperkukuh kemahiran penulisan akademik yang berkualiti tinggi selaras dengan keperluan semasa dalam dunia akademik dan industri.

Date of Input: 21/05/2025 | Updated: 21/05/2025 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
W.2025/7/4:9:43:26~noCache