BINTULU, 19 Julai - Perpustakaan (UPM) Bintulu menyambut dengan penuh keceriaan kedatangan 19 orang warga Taska KEMAS Masjid Al-Hidayah Kampung Medong Hilir Dalat ke Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak.
Kunjungan ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar taska untuk mengalami suasana pembelajaran di perpustakaan yang sebenar. Para Ibubapa juga turut serta dalam lawatan ini ditemani oleh guru-guru pengiring yang turut memberi tunjuk ajar semasa lawatan.
Menurut pihak pengurusan Taska, aktiviti lawatan ini dirancang khas dengan tujuan untuk mendedahkan pelajar seawal usia 2 tahun kepada dunia ilmu pengetahuan dan pengalaman membaca yang bermakna. Pelajar-pelajar diberi penerangan mengenai pengurusan perpustakaan semasa lawatan berpandu dan melihat sendiri ruang pameran yang ada di perpustakaan. Selain itu, pelajar-pelajar juga turut mengambil bahagian dalam Sesi tayangan video Kisah Binatang.
Kunjungan ini dianggap sebagai satu pengalaman yang sangat bermakna dan membanggakan buat pelajar-pelajar tadika serta mereka yang terlibat dalam program pendidikan awal kanak-kanak di Tadika KEMAS Masjid Al-Hidayah Kampung Medong Hilir Dalat.
Bagi pihak Perpustakaan (UPMKB) sangat berharap agar kunjungan seperti ini dapat diteruskan sebagai sebahagian daripada usaha mereka untuk membantu memupuk budaya membaca dan pembelajaran sejak dari peringkat awal kanak-kanak.
Date of Input: 25/07/2024 |
Updated: 25/07/2024 | lanz
MEDIA SHARING