𝗧𝗥𝗔𝗜𝗡 𝗢𝗙 𝗧𝗥𝗔𝗜𝗡𝗘𝗥𝗦 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗞𝗦𝗔𝗡𝗔𝗔𝗡 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗠𝗢𝗗𝗨𝗟 𝗥𝗨𝗞𝗨𝗡 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 𝟮𝟬𝟮𝟱 𝗗𝗜 𝗨𝗣𝗠𝗦 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
» NEWS » 𝗧𝗥𝗔𝗜𝗡 𝗢𝗙 𝗧𝗥𝗔𝗜𝗡𝗘𝗥𝗦 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗞𝗦𝗔𝗡𝗔𝗔𝗡 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗠𝗢𝗗𝗨𝗟 𝗥𝗨𝗞𝗨𝗡 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 𝟮𝟬𝟮𝟱 𝗗𝗜 𝗨𝗣𝗠𝗦

𝗧𝗥𝗔𝗜𝗡 𝗢𝗙 𝗧𝗥𝗔𝗜𝗡𝗘𝗥𝗦 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗞𝗦𝗔𝗡𝗔𝗔𝗡 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗠𝗢𝗗𝗨𝗟 𝗥𝗨𝗞𝗨𝗡 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 𝟮𝟬𝟮𝟱 𝗗𝗜 𝗨𝗣𝗠𝗦

Pada 28 September 2025, Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP) Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengadakan 'Train of Trainers' (TOT) bagi pelaksanaan Program Modul Rukun Negara (RN) di Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS). Sesi ini diadakan bagi melatih Fasilitator Kursus Kokurikulum Berkredit (KKB) di UPMS agar penyampaian program modul ini berjalan lancar serta menambahkan pengetahuan mahasiswa UPMS dengan berkesan.
 
Sesi dimulakan dengan penyampaian oleh Ts. Dr. Rozzamri Ashari (Timbalan Pengarah Kokurikulum Berkredit PKPP UPM) dan slot seterusnya diikuti oleh En. Dahlan Ismail Abu Bakar (Timbalan Pengarah Pembangunan Pelajar PKPP UPM).
 
Secara keseluruhannya, penganjuran TOT Program Modul RN ini telah memberi pendedahan dan latihan komprehensif kepada para fasilitator KKB di UPMS. Usaha ini bukan sahaja memastikan kelancaran pelaksanaan modul RN, malah menguatkan lagi keupayaan fasilitator dalam menyampaikan ilmu dan pengetahuan yang dapat meningkatkan semangat patriotisme dan cinta akan negara mahasiswa di UPMS.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Date of Input: 02/10/2025 | Updated: 02/10/2025 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
W, (01:20:05am-01:25:05am, 04 Oct 2025)   [*LIVETIMESTAMP*]