BELIA DIPERKASA DALAM AI DAN KEPIMPINAN DIGITAL | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
» NEWS » BELIA DIPERKASA DALAM AI DAN KEPIMPINAN DIGITAL

BELIA DIPERKASA DALAM AI DAN KEPIMPINAN DIGITAL

BINTULU, 22 Feb - Seramai 247 belia menyertai Program AI4Youth “Future Leaders Training Series 2026” anjuran Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS). Program itu berlangsung selama dua hari bermula pada Jumaat (21 Februari) di TEGAS Digital Innovation Hub Bintulu.
 
Ia merupakan sebahagian daripada kerjasama strategik antara Universiti Putra Malaysia UPM Kampus Bintulu dan TEGAS yang bertujuan melahirkan belia celik teknologi dan berdaya saing untuk menghadapi ekonomi digital masa depan.
 
Bertemakan Empower, Innovate, Lead itu memberi fokus kepada literasi digital, asas kecerdasan buatan (AI), kepimpinan, keusahawanan digital serta kemahiran komunikasi dan pemikiran kritikal.
 
Peserta terdiri daripada pelajar dan belia institusi pengajian tinggi tempatan serta universiti dari Indonesia dan Brunei.

 
 
 

 

Date of Input: 03/03/2026 | Updated: 09/03/2026 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
-
W, (01:32:31pm-01:37:31pm, 14 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]