CITRA TARI NUSANTARA 2025 : KEPELBAGAIAN BUDAYA NUSANTARA DISERLAHKAN DI BINTULU | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
» NEWS » CITRA TARI NUSANTARA 2025 : KEPELBAGAIAN BUDAYA NUSANTARA DISERLAHKAN DI BINTULU

CITRA TARI NUSANTARA 2025 : KEPELBAGAIAN BUDAYA NUSANTARA DISERLAHKAN DI BINTULU

BINTULU, 24 Sept – Seni tari bukan sekadar hiburan, sebaliknya menjadi lambang identiti dan warisan masyarakat Nusantara.
 
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Arifin Abdu, berkata penganjuran Citra Tari Nusantara 2025 bukan sahaja memartabatkan seni budaya tempatan, malah selari dengan fokus Kementerian Pendidikan Tinggi untuk melahirkan bakat seimbang dari aspek ilmu, kepimpinan dan jati diri bangsa.
 
“Citra” membawa maksud gambaran, imej atau identiti, manakala “Tari Nusantara” merujuk kepada tarian tradisional dan etnik dari kepulauan Melayu termasuk tarian Melayu, Jawa, Minang, Bugis, Dayak, Bali dan pelbagai lagi.
 
Secara keseluruhannya, Citra Tari Nusantara adalah gambaran atau identiti seni tari kepulauan Melayu Nusantara yang mencerminkan keindahan, kepelbagaian budaya dan warisan yang dikongsi bersama di rantau ini. Ia bukan sahaja sebuah persembahan seni, malah menjadi wahana untuk menonjolkan jati diri dan keunggulan budaya bangsa" katanya ketika menyempurnakan Majlis Penutupan Citra Tari Nusantara 2025 di Dewan Sri Kenyalang, UPM Sarawak , malam tadi.
 
Penganjuran kali ini turut mendapat penyertaan universiti dari seluruh negara termasuk Universiti Malaya, UPM, Universiti Malaysia Sabah, serta penyertaan antarabangsa dari Universitas Borneo Tarakan, Indonesia.
 
Sebanyak sembilan pasukan bertanding dengan mempersembahkan koreografi berteraskan tarian tradisional Nusantara yang menggambarkan kepelbagaian budaya rantau ini.
 
Program anjuran UPM Sarawak ini dilaksanakan dengan kerjasama Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM), Konsortium Universiti–Universitas Borneo (KUUB), serta mendapat sokongan Kerajaan Negeri Sarawak.
 
Universiti Putra Malaysia muncul Johan Keseluruhan Citra Tari Nusantara 2025.
 
ISKANDAR SHAH
 
 
 

 

Date of Input: 16/10/2025 | Updated: 16/10/2025 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
W, (01:44:36am-01:49:36am, 17 Oct 2025)   [*LIVETIMESTAMP*]