FSPH UPM SARAWAK PERKASA PERANAN SEBAGAI ‘LIVING LAB’ PERTANIAN DAN PERHUTANAN TROPIKA | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
» NEWS » FSPH UPM SARAWAK PERKASA PERANAN SEBAGAI ‘LIVING LAB’ PERTANIAN DAN PERHUTANAN TROPIKA

FSPH UPM SARAWAK PERKASA PERANAN SEBAGAI ‘LIVING LAB’ PERTANIAN DAN PERHUTANAN TROPIKA

Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan (FSPH), Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) berperanan sebagai ‘living lab’ bagi pertanian dan perhutanan tropika yang menggabungkan ekosistem semula jadi Borneo dengan pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman. Menurut Dekan FSPH, Prof. Madya Dr. Noorasmah Saupi, keunikan lokasinya yang berhampiran ladang pertanian, hutan simpan dan penempatan luar bandar memberi peluang kepada pelajar menjalani latihan serta penyelidikan dalam persekitaran sebenar, sambil menerapkan gabungan antara sains moden dan kearifan tempatan.
 
FSPH turut memperkukuh peranannya melalui jalinan kerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan seperti Jabatan Pertanian Sarawak, Jabatan Hutan Sarawak dan Sarawak Forestry Corporation. Kerjasama ini membuka ruang kepada pelajar dan penyelidik untuk terlibat dalam latihan industri, penyelidikan terapan dan pembangunan profesional, sekali gus mengukuhkan hubungan universiti dengan sektor kerajaan serta industri tempatan.
 
Dari segi akademik, Prof. Madya Dr. Noorasmah menjelaskan bahawa fakulti ini memberi tumpuan kepada bidang utama seperti pertanian lestari, pengurusan sumber hutan dan biodiversiti tropika, agroteknologi, bioteknologi tanaman, perikanan dan penternakan tropika. Melalui pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman, pelajar bukan sahaja dibekalkan kemahiran teknikal tetapi juga nilai etika, kepimpinan dan kesedaran terhadap kelestarian alam sekitar, sejajar dengan usaha FSPH menyokong agenda nasional dalam keterjaminan makanan dan pembangunan luar bandar.

 
 
 
 

 

Date of Input: 05/11/2025 | Updated: 05/11/2025 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
-
W, (12:32:06pm-12:37:06pm, 08 Nov 2025)   [*LIVETIMESTAMP*]