BINTULU, 1 - 2 NOVEMBER 2025 – Universiti Putra Malaysia (UPM) meraikan seramai 556 graduan pada Majlis Konvokesyen UPM Ke-49 (Sidang 1) yang berlangsung dengan penuh gilang-gemilang di Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS).
Majlis berprestij ini menyaksikan penganugerahan kepada graduan dari pelbagai peringkat pengajian yang terdiri daripada:
🎓 Doktor Falsafah – 7 orang
🎓 Sarjana – 31 orang
🎓 Sarjana Muda – 130 orang
🎓 Diploma – 388 orang
Turut mencipta sejarah, majlis kali ini meraikan graduan sulung bagi dua program baharu, iaitu Bacelor Sains Kimia Perindustrian dengan Kepujian dan Diploma Pengurusan Perniagaan, sekali gus menandakan perkembangan berterusan UPM Sarawak dalam memperluas penawaran akademik yang relevan dengan keperluan industri semasa.
Dalam ucapan tahniah, pihak universiti menzahirkan penghargaan kepada semua graduan atas usaha gigih, ketabahan dan semangat juang mereka sepanjang tempoh pengajian, terutama dalam menghadapi pelbagai cabaran pascapandemik dan perubahan landskap pendidikan tinggi.
UPM terus komited melahirkan graduan berilmu, berdaya saing dan berbakti kepada masyarakat serta negara, selaras dengan visinya sebagai universiti pertanian terunggul yang memacu kesejahteraan manusia dan kemakmuran sejagat.

Date of Input: 05/11/2025 | Updated: 05/11/2025 | lanz

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia
Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia