BINTULU, 27 Jun – Pelajar Kursus Kokurikulum QKI2101 Inovasi dan Reka Cipta (Kumpulan 101) telah berjaya menganjurkan program InnoVenture: Innovating for a Sustainable Future Adventure di Dewan Kuliah Pusat 2A, Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) dengan kerjasama Lembaga Sumber Asli & Alam Sekitar (NREB), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan OCI TerraSus.
Seramai 38 pelajar daripada SMK Bandar Bintulu, SMK Baru Bintulu, SMK Tatau dan SMK Kidurong telah menyertai program ini yang bertujuan memperkenalkan budaya inovasi, kreativiti dan pemikiran reka cipta.
Melalui pelbagai pertandingan seperti Ideation Pitching, Reka Cipta Produk 5R dan Ekspedisi Gen Inovasi, peserta diberi peluang mengaplikasikan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis, menghasilkan idea inovatif serta meneroka penyelesaian yang menyokong kelestarian alam sekitar.
Penganjuran program ini membuktikan komitmen mahasiswa UPMS bersama rakan strategik dalam memperkasa generasi muda ke arah pembangunan mampan serta menyokong usaha pemeliharaan alam sekitar.
Selain memupuk kreativiti dan pemikiran kritis, program ini turut memberi peluang kepada para pelajar mengenali suasana pembelajaran di UPMS serta menjadi inspirasi untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
Date of Input: 29/06/2026 |
Updated: 29/06/2026 | lanz
MEDIA SHARING