KEMPEN DERMA DARAH SEMPENA PROGRAM IHYA’ RAMADAN | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
» NEWS » KEMPEN DERMA DARAH SEMPENA PROGRAM IHYA’ RAMADAN

KEMPEN DERMA DARAH SEMPENA PROGRAM IHYA’ RAMADAN

Pada 13 Mac 2025, satu kempen derma darah telah dijalankan bersempena dengan Program Ihya' Ramadan di Pusat Islam UPMKB. Kempen ini diselaraskan oleh Dr. Muhammad Amru bin Badrul Hisam serta ahli lajnah Pusat Islam UPMKB dan Hospital Bintulu untuk mengumpulkan darah bagi memastikan bekalan darah yang mencukupi, khususnya dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini

Kempen ini berlangsung dari 6 petang hingga 10 malam, memberikan peluang kepada orang ramai dan pelajar, terutamanya mereka yang berpuasa, untuk menyumbang darah secara sukarela. Kehadiran para penderma amat menggalakkan, dan suasana sepanjang acara adalah sangat positif. Para penderma datang dengan semangat tinggi, walaupun dalam keadaan berpuasa disiang hari, untuk menyumbang kepada masyarakat dan membantu mereka yang memerlukan. Bagi memudahkan penderma wanita, pihak penganjur telah menyediakan ruang derma darah khusus untuk muslimah bagi memastikan keselesaan dan privasi mereka terjaga.
 
Pada hari tersebut, pendaftaran penderma darah yang dilaksanakan adalah berjalan dengan lancar. Semua prosedur keselamatan dan kesihatan dipatuhi bagi memastikan penderma darah tidak mengalami sebarang masalah. Para petugas daripada Hospital Bintulu turut hadir untuk membantu dalam proses pendaftaran, pengambilan darah, serta memberikan nasihat kesihatan kepada para penderma. Kempen derma darah sempena Program Ihya' Ramadan di Pusat Islam UPMKB berjaya mencapai matlamatnya dengan penuh kejayaan.
 
Kejayaan ini tidak hanya dilihat dari segi jumlah penderma yang terlibat, tetapi juga dari segi kesedaran masyarakat tentang kepentingan derma darah sebagai amal jariah, khususnya di bulan Ramadan. Pihak penganjur berharap agar kempen serupa dapat diteruskan pada masa hadapan dan akan mendapat lebih banyak sokongan daripada masyarakat.
 
 
 
 
 

 

Date of Input: 18/03/2025 | Updated: 18/03/2025 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
W.2025/7/8:23:17:32~noCache