KONVENSYEN BERTARAF ANTARABANGSA PERKUKUH KEPIMPINAN DAN KELESTARIAN BORNEO | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
» NEWS » KONVENSYEN BERTARAF ANTARABANGSA PERKUKUH KEPIMPINAN DAN KELESTARIAN BORNEO

KONVENSYEN BERTARAF ANTARABANGSA PERKUKUH KEPIMPINAN DAN KELESTARIAN BORNEO

Kota Kinabalu, 19 Ogos 2025 – Sempena Konvensyen yang bakal berlangsung, pelbagai program berimpak tinggi turut diadakan iaitu KUUB Annual General Meeting 2025, Borneo Youth Leaders Summit 2025 (BYLS) serta International Conference on Borneo Sustainability 2025 (ICBS2025) yang dijadualkan pada 8 hingga 12 September 2025 bertempat di Bangunan Canselori Universiti Malaysia Sabah (UMS).
 
Penganjuran ini menghimpunkan para pemimpin muda, penggiat akademik, ahli profesional, serta wakil agensi kerajaan dan swasta bagi memperkukuh jaringan strategik dalam aspek kepimpinan belia, pembangunan lestari, dan hala tuju masa depan Borneo.
 
Melalui BYLS 2025, fokus diberikan kepada pembangunan kepimpinan generasi muda Borneo dalam menghadapi cabaran global, manakala ICBS2025 pula memberi penekanan terhadap usaha kelestarian alam sekitar, mitigasi perubahan iklim, serta strategi inovatif ke arah pembangunan mampan rantau ini.
 
Sementara itu, KUUB Annual General Meeting 2025 akan menjadi platform utama memperkukuh dasar, hala tuju organisasi serta merangka strategi kolaborasi bersama rakan strategik di peringkat nasional dan antarabangsa.
 
Bagi memastikan kelancaran penganjuran, Sekretariat KUUB telah mengadakan mesyuarat pelarasan bersama UiTM Cawangan Sabah dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) sebagai usaha memperkukuh kerjasama serta memastikan persiapan berjalan lancar menjelang konvensyen ini.
 
Konvensyen ini bukan sahaja menjadi titik pertemuan idea dan inovasi, malah memperkukuhkan komitmen bersama dalam menjadikan Borneo sebagai rantau yang maju, lestari dan berdaya saing di persada dunia.
 
 
 
 
 
 

 

Date of Input: 20/08/2025 | Updated: 20/08/2025 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
W, (07:58:44pm-08:03:44pm, 20 Aug 2025)   [*LIVETIMESTAMP*]