KPT ANJUR KARNIVAL JOM MASUK U 2025 DI BINTULU | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
» NEWS » KPT ANJUR KARNIVAL JOM MASUK U 2025 DI BINTULU

KPT ANJUR KARNIVAL JOM MASUK U 2025 DI BINTULU

BINTULU, 26 April 2025 – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menganjurkan Karnival Jom Masuk U 2025 Zon Sarawak I selama dua hari bermula hari ini di Boulevard Shopping Mall, Bintulu.
 
Program yang mendapat kerjasama Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) itu menghimpunkan lebih 50 pempamer termasuk universiti awam, IPTS, politeknik, kolej komuniti dan agensi pembiayaan pendidikan.
 
Karnival ini memberi peluang kepada pelajar lepasan SPM, STPM, Matrikulasi, Asasi dan Diploma mendapatkan maklumat lanjut mengenai laluan pendidikan tinggi serta permohonan melalui platform UPUOnline yang dibuka sehingga 18 Mei 2025.
 
Majlis perasmian disempurnakan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak,Adana Jed. Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan termasuk pameran robotik, pertandingan reka cipta 3R, e-Games dan sesi talkshow bersama wakil institusi pendidikan.
 

 

Date of Input: 28/04/2025 | Updated: 28/04/2025 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
W.2025/7/4:18:18:19~noCache