KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI LEMBAGA KENAF DAN TEMBAKAU NEGARA (LKTN) KE UPM | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
» NEWS » KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI LEMBAGA KENAF DAN TEMBAKAU NEGARA (LKTN) KE UPM

KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI LEMBAGA KENAF DAN TEMBAKAU NEGARA (LKTN) KE UPM

Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Dato’ Prof. Ir. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah menerima kunjungan hormat delegasi Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) yang diketuai oleh Ketua Pengarah, Wan Baharuddin Wan Ismail di UPM Serdang, hari ini.
 
Pertemuan ini membincangkan projek kerjasama antara LKTN dan Institut Ekosains Borneo (IEB), UPM Kampus Bintulu, membangunkan hab industri Kenaf di wilayah Sarawak dan Borneo, dengan matlamat memperkukuh inovasi, pembangunan mampan, serta merangsang pertumbuhan ekonomi masyarakat.
 
Dato’ Prof. Ir. Dr. Ahmad Farhan berkata UPM mempunyai kekuatan sumber tanah dan ladang, khususnya di Kampus Bintulu, dan bersedia memberi sokongan bagi menjayakan inisiatif ini. Beliau yakin bahawa kerjasama ini mampu menjadi penanda aras kepada usaha pembangunan industri di rantau tersebut.
 
Turut hadir, Pengarah Pembangunan dan Pengurusan Aset, Maznah Sahran; Pengarah IEB, Dr. Syeed SaifulAzry; Ketua Pentadbiran, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Shahriman Hashim; Pegawai Undang-Undang Kanan, Nariza Mohd Elias serta pegawai- pegawai LKTN.
 
 
 
 

Date of Input: 06/05/2025 | Updated: 06/05/2025 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
W.2025/7/8:13:19:23~noCache