KUNJUNGAN HORMAT UPMKB KE PEJABAT PENGARAH YAYASAN SARAWAK | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
» NEWS » KUNJUNGAN HORMAT UPMKB KE PEJABAT PENGARAH YAYASAN SARAWAK

KUNJUNGAN HORMAT UPMKB KE PEJABAT PENGARAH YAYASAN SARAWAK

Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) telah mengadakan kunjungan hormat ke Pengarah Yayasan Sarawak, YBhg. Datu Mohamad Junaidi bin Mohidin pada 9 Jun 2025 bertempat di Kuching, Sarawak. Delegasi UPMKB telah diketuai oleh Pengarah Kampus, YBhg. Prof. Dr. Shahrul Razid Sarbini.
 
Dalam kunjungan hormat tersebut kedua-dua pihak membincangkan peluang kerjasama antara UPMKB dan Yayasan Sarawak. Turut dibincangkan adalah cadangan bantuan kewangan khas Yayasan Sarawak kepada pelajar Program Persediaan Diploma Sains UPMKB.
 
UPMKB merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YBhg. Datu Mohamad Junaidi bin Mohidin atas sambutan mesra serta komitmen dalam memperkukuh jaringan kerjasama antara kedua-dua pihak.
 
Hadir dalam pertemuan tersebut adalah Prof. Madya Dr. Noorasmah Saupi; Dekan Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan, Prof. Madya Dr. Wong Tze Jin; Dekan Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains, Dr. Syeed SaifulAzry Osman AlEdrus; Pengarah Institut EkoSains Borneo, Encik Noor Hakim Ahmad; Ketua Pentadbiran, Puan Siti Rajanah Abdul Aziz; Timbalan Pengarah Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat, serta Tn. Hj. Sudirman Asmadi; Ketua Pentadbir Pejabat Pengurusan Akademik dan Penyelidikan UPMKB, Encik Watson Chunggat anak Leornard Doo; Timbalan Pengarah (Pendidikan) Yayasan Sarawak, serta Puan Hajijah Morsidi; Pemangku Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembiayaan Pendidikan & Bayaran Balik Yayasan Sarawak.
 
 
 
 
 
 

Date of Input: 11/06/2025 | Updated: 11/06/2025 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
W.2025/7/4:11:55:42~noCache