Bintulu, 25 Mei 2026 - Jabatan Sains Haiwan dan Perikanan (JSHP), Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan, UPMKB dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak Bahagian Bintulu dan Momobes Farm Bintulu telah menganjurkan Kursus intensif bertajuk "Pengurusan Kesihatan dan Kawalan Penyakit Ruminan: Menjamin Keuntungan Ternakan Anda" telah berlangsung dengan jayanya di Bilik Kuliah 3, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) pada 25 Mei dan diikuti dengan sesi praktikal di Ladang Momobes, Kg Tani Jalan Kuala Tatau pada 26 Mei 2024.
Seramai 19 orang peserta yang terdiri daripada penternak sedia ada dan penternak baru dari pelbagai daerah termasuk Bintulu, Miri, Mukah, Betong, Saratok, dan Kuching. Dalam kursus ini, peserta didedahkan dengan teori dan praktikal mengenai pengurusan penyakit ruminan antaranya Anthrax, Penyakit kuku dan mulut (FMD), Lumpy Skin Disease (LSD) dan Hemorrhagic Septicaemia (HS) yang perlu pengurusan penyakit yang baik bagi memastikan keuntungan dan kesejahteraan ternakan.
Dalam kursus ini, peserta juga dinasihatkan agar tidak mengambil bekalan ternakan dari sumber ladang/kawasan yang tidak diketahui status penyakitnya bagi mengelakkan penularan penyakit tersebut. Para peserta telah dibimbing oleh penceramah dari Jabatan Sains Haiwan dan Perikanan (JSHP), FSPH, UPMKB yang merupakan pensyarah pakar dalam kesihatan ternakan iaitu Prof. Madya Dr. Juriah binti Kamaludeen dan Dr. Bura Paul Thlama. Turut terlibat Dr. Naziah binti Muntil, Pegawai Veterinar dari JPV Bintulu yang berkongsi mengenai status ternakan di Sarawak dan peranan JPV kepada penternak di Sarawak.
Manakala, sesi praktikal di Ladang Momobes telah memberikan peluang kepada peserta untuk mengaplikasikan pengetahuan yang telah dipelajari seperti cara mengesan tanda-tanda awal penyakit, teknik pengendalian ternakan yang selamat, serta langkah-langkah yang perlu diambil untuk merawat ternakan yang sakit.
Para peserta juga diberikan sijil penyertaan yang telah disampaikan oleh Ketua Jabatan Sains Haiwan dan Perikanan Dr. Masnindah Malahubban.
Para peserta juga menyatakan rasa puas hati mereka terhadap penganjuran kursus ini. Menurut mereka kursus ini sangat bermanfaat dan memberi banyak ilmu baru yang boleh diaplikasikan di ladangnya.
Date of Input: 29/05/2024 |
Updated: 29/05/2024 | lanz
MEDIA SHARING