KURSUS PRA PERKAHWINAN ANJURAN PUSAT ISLAM UPMKB DENGAN KERJASAMA JAIS BINTULU | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
» NEWS » KURSUS PRA PERKAHWINAN ANJURAN PUSAT ISLAM UPMKB DENGAN KERJASAMA JAIS BINTULU

KURSUS PRA PERKAHWINAN ANJURAN PUSAT ISLAM UPMKB DENGAN KERJASAMA JAIS BINTULU

BINTULU, 15 Julai 2024 - Pusat Islam Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam (JAIS) Bintulu telah berjaya menganjurkan Kursus Pra Perkahwinan selama dua hari yang melibatkan penyertaan seramai 150 orang yang datang dari Sibu, Miri, Sabah dan kebanyakkannya adalah dikalangan warga Bintulu. Kursus ini berlangsung pada 13 hingga 14 Julai 2024 di Dewan Kuliah Pusat 2A, UPMKB.
 
Kursus ini bertujuan untuk memberikan pemahaman mendalam mengenai tanggungjawab dan cabaran dalam institusi perkahwinan, serta mempersiapkan bakal pengantin dengan ilmu dan kemahiran yang diperlukan. Pelbagai topik dibincangkan, termasuk komunikasi suami isteri, pengurusan kewangan, tanggungjawab suami isteri serta akadnikah dan walimatulurus.
 
Penyelaras kursus, Ts. Dr. Muhammad Huzaifah Mohd Roslim, "Kursus ini adalah langkah penting dalam mempersiapkan generasi muda untuk menghadapi kehidupan berumah tangga dengan lebih baik. Kami berharap peserta dapat memanfaatkan ilmu yang diperoleh dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian."
 
Peserta juga berpeluang mendengar sesi perkongsian daripada penceramah (JAIS) Bintulu dan Hospital Bintulu yang berpengalaman dalam bidang tersebut. Kursus ini mendapat sambutan yang menggalakkan dan diharapkan dapat diteruskan pada masa akan datang untuk memberikan lebih banyak peluang kepada bakal pengantin dalam mempersiapkan diri untuk alam perkahwinan.
 
 
 
 
 

 

Date of Input: 16/07/2024 | Updated: 16/07/2024 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
W.2025/7/6:7:56:17~noCache