LAWATAN PENANDA ARAS PEJABAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN (PPP) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS) | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
» NEWS » LAWATAN PENANDA ARAS PEJABAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN (PPP) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)

LAWATAN PENANDA ARAS PEJABAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN (PPP) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)

Pada 20 September 2024 (Jumaat) yang lalu, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) telah menerima lawatan daripada Pejabat Pengurusan Penyelidikan (PPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS). Rombongan pegawai seramai 15 orang ini diketuai oleh Prof. Dr. Jumat Sulaiman yang merupakan Pengarah, PPP UMS.
 
Sempena lawatan ini, satu Sesi Interaksi yang dihadiri oleh Prof. Dr. Shahrul Razid Sarbini, Pengarah UPMKB telah diadakan. Turut hadir dalam sesi tersebut adalah Prof. Madya Dr. Wong Tze Jin, Dekan, Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains dan Prof. Madya Dr. Juriah Kamaludeen, Timbalan Dekan Penyelidikan, Pendanaan dan Siswazah, Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan.
 
Pelbagai perkara telah dibincangkan semasa sesi tersebut antaranya berkaitan perolehan geran dan pencapaian dalam penyelidikan. Selain itu, UPMKB dan UMS turut membincangkan berkaitan potensi kerjasama penyelidikan dalam beberapa bidang yang telah dikenalpasti melalui platform Konsortium Universiti Universitas Borneo (KUUB) yang dianggotai oleh kedua-dua universiti ini.
 
Diharapkan pada masa akan datang, UPMKB dan UMS akan meneruskan kerjasama baik yang dapat menyumbang kepada pembangunan komuniti dan negara.
 
 
 
 

 

Date of Input: 23/09/2024 | Updated: 23/09/2024 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
W.2025/7/5:20:27:36~noCache