Bintulu, 6 September 2024 – Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) telah menganjurkan Majlis Welcoming Dinner dan Majlis Bersama Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) untuk menyambut kedatangan delegasi Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM) serta meraikan kedatangan pelajar baharu. Majlis yang berlangsung di Dewan Sri Kenyalang ini turut dihadiri oleh lebih 200 pelajar baharu.
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) merangkap Pengerusi MAKUM, Prof. Dr. Arifin Abdu, telah hadir sebagai tetamu kehormat. Kehadiran beliau menambah kemeriahan majlis dan memperkukuh kerjasama antara UPMKB dan MAKUM. Majlis ini turut diserikan dengan pelbagai persembahan oleh pelajar UPMKB, termasuk persembahan daripada kelab Putra Band, Santri D’Wangsa, dan Silat Pewaris Putra.
Persembahan ini bukan sahaja mempamerkan bakat pelajar tetapi juga menambahkan suasana meriah dalam acara tersebut. Dengan pelbagai aktiviti yang telah diadakan, majlis ini berjaya mencipta suasana yang meriah dan penuh keharmonian, sambil menyambut kedatangan delegasi MAKUM dan meraikan kedatangan pelajar baharu dengan penuh penghargaan.
Date of Input: 08/09/2024 | Updated: 08/09/2024 | lanz
Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia
Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia