Malam Berdansa Putra (Pertandingan Tarian Kreatif) yang dianjurkan bersempena program Malam Tunas Seni & Budaya (Edisi Kedua) telah pun berlangsung pada 31 Oktober 2024 yang lalu. Program yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Sebi Persembahan Sarawak (MTCP), Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) dan Press Metal ini diadakan bersempena Pesta Konvokesyen (PesKon@UPMKB) 2024 telah dijayakan oleh Kelab Santri D'Wangsa Putra, UPMKB


Pertandingan ini diadakan bagi memberi peluang kepada peserta menonjolkan bakat dan kebolehan mereka dalam bidang tarian. Senarai pemenang bagi pertandingan berkenaan seperti berikut:
Johan

: KESPH
Naib Johan

: Rimbawan
Ketiga

: Fortress
Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada barisan juri yang telah memberi penilaian penuh secara profesional dan teliti:
1. Encik Hairi Hederi
2. Encik Fazry Abdullah
3. Encik Mohamad Syukri bin Mohamad Adnan
Ucapan penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada para penaja serta rakan kerjasama lain yang terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Terima kasih kepada semua peserta dan penonton yang telah hadir memeriahkan acara ini.
Setiap persembahan menunjukkan bakat dan semangat yang luar biasa! Kami berharap agar penganjuran seperti ini dapat diteruskan bagi menyemarakkan minat dalam bidang tarian serta membina keyakinan diri dalam kalangan pelajar.
Date of Input: 07/11/2024 |
Updated: 07/11/2024 | lanz
MEDIA SHARING