Bintulu, 30 Ogos 2024- UPMKB dengan bangganya menyambut kehadiran Encik Nikk Adam Haji Abdillah Kipalli, Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan dan Komuniti, SEDC Sarawak, yang berkongsi ilmu dan pengalaman dalam sesi yang penuh inspirasi bersama pelajar SAB2407 Agro-keusahawanan.
Sesi ini berjaya mencetuskan semangat dan motivasi dalam kalangan usahawan muda kita, dengan pelbagai panduan praktikal serta nasihat berguna yang dikongsikan oleh Encik Nikk. Pelajar turut terpikat dengan penyampaian beliau yang menarik dan penuh karisma, termasuk beberapa detik oppa Korea yang berjaya mengekalkan fokus serta keterujaan sepanjang sesi.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Encik Nikk atas sumbangan besar beliau dalam memberi inspirasi kepada pelajar UPMKB untuk memulakan perjalanan keusahawanan mereka.
Date of Input: 04/09/2024 |
Updated: 04/09/2024 | lanz
MEDIA SHARING