Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) baru-baru ini mengadakan pembentangan mengenai hala tuju pembangunan fizikal universiti serta senarai cadangan permohonan bagi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah, Naib Canselor UPM.
Pembentangan tersebut turut disertai oleh YBhg. Datin Dr. Syahira Hamidon, Timbalan Pengarah (Pendidikan), Kementerian Ekonomi, YBrs. Dr. Azlan Shah bin Abdul Latif, Ketua Penolong Pengarah (Pendidikan Tinggi), Kementerian Ekonomi, serta Puan Suriati Samsudin, Ketua Penolong Setiausaha Kanan, Kementerian Pendidikan Tinggi.
Program ini bertujuan untuk merangka pelan pembangunan fizikal yang akan meningkatkan kemudahan dan infrastruktur di UPM, seiring dengan usaha universiti untuk terus maju dalam bidang pendidikan dan penyelidikan. Cadangan permohonan bagi RMK ke-13 ini turut memberi tumpuan kepada keperluan pembangunan berterusan yang menyokong pertumbuhan akademik dan kemajuan teknologi.
Pembentangan ini mencerminkan komitmen UPM dalam merancang pembangunan yang lebih lestari dan menyeluruh, bagi memenuhi keperluan pendidikan tinggi negara pada masa hadapan. Turut hadir adalah YBhg. Prof. Arifin Abdu, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni serta YBrs. Ir. Maznah Sahran, Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset UPM.
Date of Input: 10/03/2025 | Updated: 10/03/2025 | lanz
Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia
Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia