PRO-DR ROADSHOW TEGAS SINGGAH DI SMK SARATOK – INSPIRASI ANAK MUDA CAPAI IMPIAN | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
» NEWS » PRO-DR ROADSHOW TEGAS SINGGAH DI SMK SARATOK – INSPIRASI ANAK MUDA CAPAI IMPIAN

PRO-DR ROADSHOW TEGAS SINGGAH DI SMK SARATOK – INSPIRASI ANAK MUDA CAPAI IMPIAN

Saratok, 13 Ogos 2025 – Program Dreams Realized Roadshow (Pro-DR Roadshow) anjuran Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) hari ini berlangsung meriah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saratok. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Encik Friday Anak Belik, Ahli Dewan Undangan Negeri N.39 Krian merangkap Ahli Lembaga Amanah TEGAS.
 
Pro-DR Roadshow merupakan siri jelajah motivasi dan pembangunan kapasiti yang diadakan bermula 23 Julai hingga 22 Ogos 2025 meliputi 14 lokasi di seluruh Sarawak — bermula dari Lawas di utara hingga ke Lundu di selatan.
 
Menurut YB Friday dalam ucapan perasmiannya, penganjuran Pro-DR Roadshow bertujuan untuk memberi inspirasi, bimbingan, dan pendedahan kepada pelajar sekolah menengah serta belia luar bandar mengenai peluang pendidikan, kemahiran, dan keusahawanan di era digital.
 
"Kita mahu anak muda Sarawak mempunyai keyakinan untuk merealisasikan impian mereka, sama ada dalam bidang akademik, kemahiran teknikal, atau keusahawanan. Melalui TEGAS, kita menyediakan pelbagai platform dan sokongan untuk membantu mereka berjaya," ujar beliau.
 
Antara aktiviti menarik yang dijalankan sepanjang roadshow termasuk sesi perkongsian pengalaman bersama ikon belia, pameran pendidikan dan kerjaya, bengkel kemahiran digital, serta pendaftaran program latihan anjuran TEGAS.
 
Pejabat Pengurusan Akademik dan Penyelidikan (PPAP) UPM Sarawak turut serta dalam pameran pendidikan tersebut, diketuai oleh Puan Rosidah Binti Basir Penolong Pendaftar Kanan, PPAP dan Cik Azila binti Kamarjaman. Kehadiran PPAP memberi peluang kepada pelajar mendapatkan maklumat terus mengenai program pengajian, laluan kemasukan, dan peluang kerjaya yang ditawarkan oleh Universiti Putra Malaysia Sarawak.
 
Penganjuran di SMK Saratok ini turut mendapat sambutan hangat daripada ratusan pelajar, guru, dan komuniti setempat. Peserta kelihatan teruja menyertai pelbagai aktiviti interaktif yang membuka minda mereka tentang potensi masa depan.
 
Selepas Saratok, Pro-DR Roadshow akan meneruskan jelajah ke destinasi seterusnya sebelum menutup tirai di Lundu pada 22 Ogos 2025.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Date of Input: 13/08/2025 | Updated: 13/08/2025 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
W, (09:22:09am-09:27:09am, 16 Aug 2025)   [*LIVETIMESTAMP*]