PROGRAM HASIL YOUR TAX BUDDY @ IPT 2024 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
» NEWS » PROGRAM HASIL YOUR TAX BUDDY @ IPT 2024

PROGRAM HASIL YOUR TAX BUDDY @ IPT 2024

Bintulu, 24 Ogos 2024 - Program HASiL Your Tax Buddy @ IPT 2024 yang bertempat di Dewan Sri Kenyalang, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak dari jam 8 pagi hingga 5 petang. Program ini telah mencatatkan seramai 120 orang peserta yang terdiri daripada 100 orang mahasiswa UPMKB, 10 orang pelajar Kolej Vokasional Bintulu dan 10 orang pelajar daripada ADTec Bintulu.
 
Objektif penganjuran program kali ini adalah untuk meningkatkan literasi cukai dalam kalangan mahasiswa serta mendidik masyarakat berkenaan dengan hak dan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. Program ini juga secara tidak langsung telah memberikan pendedahan awal kepada mahasiswa tentang pematuhan cukai secara sukarela.
 
Program ini merupakan kolaborasi antara Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putra Malaysia Sesi 2023/ 2024 bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Sarawak. Antara pengisian program yang akan diadakan adalah Taklimat Percukaian yang akan menerangkan elemen-elemen penting dalam kepentingan pematuhan cukai. Selain itu, aktiviti Hasil Taxplorace iaitu permainan outdoor yang akan menguji minda serta kuiz berkaitan percukaian yang sangat menarik turut dilaksanakan.
 
Program ini telah dirasmikan oleh Yang Dihormati Encik Vijayen Nagalingham, Pengarah Negeri LHDNM Sarawak. Di samping itu, Yang Berbahagia Prof. Dr. Shahrul Razid Sarbini, Pengarah Kampus Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu berkata didalam ucapan beliau "Program Kesedaran Hasil Your Tax Buddy merupakan inisiatif yang telah dilakukan bersama-sama antara pihak LHDNM negeri Sarawak dan pihak UPM Kampus Bintulu.
 
Selari dengan pelan tindakan keusahawanan IPT tahun 2021-2025 di mana Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah memberikan sokongan penuh bagi kolaborasi ini sebagai pemangkin generasi yang patuh cukai bagi memberikan manfaat kepada pembangunan negara. Dengan adanya program HYTB ini ianya dapat melibatkan komitmen secara langsung antara pihak LHDNM Dan UPM Kampus Bintulu.
 
Antara aspek yang diutamakan melalui program HYTB ini adalah untuk meningkatkan literasi cukai dalam kalangan mahasiswa. Program HYTB bertujuan menerapkan nilai kebertanggungjawaban dalam pembangunan negara seterusnya memupuk pematuhan Cukai secara sukarela melalui Taklimat Kesedaran Cukai iaitu 'SISWA NIAGA BIJAK CUKAI'."
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Date of Input: 02/09/2024 | Updated: 03/09/2024 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
W.2025/7/7:3:23:43~noCache