Sekretariat Sukan dan Rekreasi, Perwakilan Kolej, Kolej Sri Rajang, UPM Sarawak Sesi Akademik 2025/2026 telah mengadakan Program Lambir Hills Wild Walk yang telah berlangsung pada 1 Februari 2026 di Taman Negara Bukit Lambir, Miri, Sarawak.
Penganjuran program ini bertujuan memupuk kesedaran terhadap kepentingan kelestarian alam sekitar serta membentuk sahsiah pelajar yang cergas, berdedikasi dan berwawasan.
Turut bersama Pengetua Kolej Sri Rajang, YM Dr. Tengku Sh. Marliza Binti Tengku Azmi serta 61 orang peserta yang terdiri daripada mahasiswa/i dan staf Kolej Sri Rajang, UPM Sarawak telah menyertai program ini.
Program Lambir Hills Wild Walk merangkumi aktiviti pendakian sejauh 3.1 kilometer dan melawat ke Air Terjun Latak di Taman Negara Bukit Lambir. Aktiviti ini bukan sahaja menguji ketahanan fizikal peserta, malah memberi pengalaman langsung menghayati keunikan ekosistem hutan hujan tropika serta keindahan alam semula jadi yang terpelihara.
Program ini diadakan untuk memupuk kesedaran pemuliharaan alam, membina daya tahan diri serta menghayati keunikan biodiversiti dan keindahan lanskap semula jadi warisan Sarawak.
Date of Input: 05/02/2026 |
Updated: 05/02/2026 | lanz
MEDIA SHARING