BINTULU, 15 Ogos 2026 – Kelab Hoki Hornbill UPM Kampus Sarawak (UPMS) dengan kerjasama SK Kampung Baru Bintulu telah menganjurkan Program Perlawanan Persahabatan Hoki bersama warga pendidik khususnya Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran (PSKPP) Bintulu, yang turut dimeriahkan dengan penyertaan murid-murid dari SK Kampung Baru dan SMK Baru Bintulu.
​Penganjuran program ini bertujuan untuk memperkasakan sinergi antara institusi pengajian tinggi dan komuniti pendidikan setempat, di samping membudayakan gaya hidup sihat serta menyediakan platform strategik buat Pasukan Hoki Hornbill UPMS dan para pelajar untuk berkongsi pengalaman serta mengasah kemahiran sukan hoki.
​Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan SK Kampung Baru, warga sekolah yang terlibat, serta seluruh ahli Pasukan Hoki Hornbill UPMS atas komitmen tinggi dan kerjasama padu dalam menjayakan program ini. Semoga usaha murni ini menjadi pemangkin kepada penganjuran lebih banyak aktiviti pembangunan sukan.
Date of Input: 17/08/2026 |
Updated: 17/08/2026 | lanz
MEDIA SHARING