Bintulu, 10 – 14 Ogos 2026 - Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) telah melaksanakan Audit 16 National Education Code (NEC) Program Siswazah dengan Penyelidikan selama lima (5) hari, bermula 10 hingga 14 Ogos 2026.
Audit ini melibatkan sebanyak 16 NEC yang merangkumi program pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD) dan Sarjana Sains (Master Sc). Pelaksanaan audit dibuat secara berperingkat dan selari sepanjang lima hari bagi memastikan keseluruhan NEC yang ditetapkan dapat dinilai dalam tempoh yang dirancang.
Audit turut melibatkan panel audit luar (APP) daripada pelbagai institusi pengajian tinggi di Malaysia, antaranya Universiti Malaya (UM), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dan Universiti Malaysia Perlis (UMP).
Pelaksanaan audit melibatkan kerjasama peneraju program daripada Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains (FKPS), Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan (FSPH) serta Institut Ekosistem Borneo (IEB). Audit dilaksanakan di beberapa lokasi, antaranya Ruai Sri Meranti, Bilik Mesyuarat PPAP, Bilik 1 dan Bilik 2 Pejabat Dekan FSPH.
Pelaksanaan audit ini merupakan satu usaha penting dalam memastikan kualiti akademik, pematuhan standard dan penambahbaikan berterusan program siswazah dengan penyelidikan di UPMS.
PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih dirakamkan kepada Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) UPM, khususnya Prof. Dr. Zalilah Mohd Shariff, Dekan Sekolah Pengajian Siswazah, atas kepimpinan, bimbingan dan sokongan yang diberikan sepanjang pelaksanaan audit. (SGS UPMâ )
Penghargaan juga kepada Pusat Jaminan Kualiti (CQA) UPM, khususnya Dr. Zufarzaana Zulkeflee, Timbalan Pengarah Jaminan Kualiti Akademik, serta seluruh pasukan CQA yang telah memberikan bantuan, panduan dan kerjasama sepanjang audit berlangsung. (CQA UPMâ )
Tidak dilupakan, ucapan terima kasih kepada semua panel audit luar, peneraju program, fakulti, urus setia dan warga UPMS yang telah memberikan komitmen, kerjasama serta sokongan bagi memastikan keseluruhan proses audit berjalan dengan lancar dan teratur.
Sinergi dan kerjasama semua pihak menjadi pemangkin kepada pengukuhan kualiti akademik dan kecemerlangan program siswazah serta penyelidikan di UPMS.
UPMS | Memacu Kecemerlangan Akademik dan Penyelidikan.
Date of Input: 17/08/2026 |
Updated: 17/08/2026 | lanz
MEDIA SHARING