Bakal berlangsung pada 2–4 Julai 2025 di Kampung Lebu’ Kulit, Sungai Asap, Belaga, Sarawak, iRandau 2025 anjuran FKPS UPMKB kembali untuk edisi ketiga dengan pendekatan luar biasa.
Menurut Pengarah UPMKB, Prof. Dr. Shahrul Razid Sarbini, persidangan ini bukan sekadar acara akademik, tetapi medan pertemuan penuh pengalaman yang melibatkan ahli akademik dalam & luar negara, pelajar serta komuniti rumah panjang.
Mengangkat konsep ‘randau’ komunikasi santai yang sarat nilai iRandau membawa ilmu terus ke akar budaya, menjadikan rumah panjang sebagai ruang kongsi ilmu secara langsung dalam suasana penuh hormat dan keterbukaan.

Tema 2025: "Bridging Gaps, Fostering Sustainability"
Mendekatkan dunia akademik dengan komuniti, merapatkan jurang ilmu & budaya, serta memperkukuh kerjasama rentas sektor demi kelestarian bersama.
Disokong oleh Konsortium Universiti Universitas Borneo, Pusat Belia Antarabangsa, Fakulti Ekologi Manusia, Fakulti Pengajian Pendidikan UPM, UKAS & Jabatan Penerangan Sarawak.

Tarikh tutup: 31 Mei 2025












Date of Input: 13/05/2025 |
Updated: 13/05/2025 | lanz
MEDIA SHARING