STARTUP 54: MENCETUS IDEA, MEMBINA POTENSI USAHAWAN MUDA | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK sarawak
» NEWS » STARTUP 54: MENCETUS IDEA, MEMBINA POTENSI USAHAWAN MUDA

STARTUP 54: MENCETUS IDEA, MEMBINA POTENSI USAHAWAN MUDA

BINTULU, 23 Ogos 2026 — Program Startup 54 yang berlangsung pada 21 hingga 23 Ogos 2026 di TEGAS Digital Innovation Hub berjaya menghimpunkan seramai 60 peserta daripada pelbagai sekolah menengah, institut dan institusi pengajian tinggi tempatan.

Program anjuran Growth Charger dan TEGAS dengan kerjasama Youth Leadership and Entrepreneurship (YLE) UPMS ini menjadi platform kepada golongan muda untuk meneroka dunia keusahawanan serta mengembangkan potensi diri melalui pembelajaran dan bimbingan secara praktikal.

Antara fokus utama program adalah:

🔹 Mengembangkan idea kepada model perniagaan yang berdaya maju.
🔹 Menganalisis permintaan pasaran dan strategi perniagaan.
🔹 Memperkukuh kemahiran diri serta membina jaringan profesional.
🔹 Mengintegrasikan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam cadangan perniagaan.

Pengurus Program Growth Charger, Encik Hamzah Hamizan, menekankan bahawa program seumpama ini memberi impak yang besar dalam membentuk generasi usahawan muda, selain menyokong aspirasi kerajaan ke arah pembangunan negara yang lebih maju melalui kerjasama strategik pelbagai pihak.

Sementara itu, Prof. Dr. Shahrul Razid Sarbini, Pengerusi dan Pengasas YLE UPMS, berharap agar para peserta dapat memanfaatkan pengalaman bimbingan dan pementoran yang diperoleh untuk membina portfolio pada masa hadapan, di samping membentuk sahsiah dan kemahiran diri secara holistik.

Program turut diakhiri dengan sesi pitching yang dinilai oleh barisan panel juri berpengalaman:

👨🏻‍💼 Encik Irfan Ismail – Tech Lead, Kementerian Kewangan Malaysia
👩🏻‍💼 Puan Asniar Salim – Pegawai Sains, Universiti Putra Malaysia Sarawak
👩🏻‍💼 Cik Law Jen Ni – Financial Analyst, X-Solia Company

Tahniah diucapkan kepada semua peserta atas komitmen, kreativiti dan semangat inovasi yang ditunjukkan sepanjang program. Semoga pengalaman yang diperoleh menjadi langkah awal dalam mencorakkan masa depan sebagai generasi muda yang berdaya saing dan berjiwa usahawan.

 

Date of Input: 26/08/2026 | Updated: 26/08/2026 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855205
-
W, (06:23:37am-06:28:37am, 28 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]