SUKARELAWAN UNIMAS SANTUNI UPMKB DALAM MISI SUKARELAWAN UNIMAS | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
» NEWS » SUKARELAWAN UNIMAS SANTUNI UPMKB DALAM MISI SUKARELAWAN UNIMAS

SUKARELAWAN UNIMAS SANTUNI UPMKB DALAM MISI SUKARELAWAN UNIMAS

Pasukan Sukarelawan dari UNIMAS telah membantu proses pembersihan di kawasan Kolej Kediaman Blok H yang terjejas akibat banjir. Fokus utama pada sesi pagi adalah membersihkan kawasan sekitar blok, memastikan bilik dan persekitaran kembali bersih serta selesa untuk pelajar yang menetap di kolej kediaman.

Selain kolej kediaman, tumpuan juga diberikan di kawasan padang yang terjejas teruk akibat tanah dan air banjir. Pelajar sukarelawan, Majlis Perwakilan Kolej, serta Majlis Perwakilan Pelajar berganding bahu membersihkan kawasan tersebut bagi memastikan ia selamat untuk digunakan semula. Selain itu, usaha pembersihan juga diteruskan di Pejabat KSR, di mana susun atur dan kebersihan ruang kerja diperbaiki bagi memastikan kelancaran operasi selepas bencana.
 
Hubungan interaksi antara 2 universiti ini bukan sahaja mencipta jaringan persahabatan baru, tetapi juga memperkukuhkan semangat gotong-royong dalam kalangan pelajar dari kedua-dua universiti.
 
Pihak UPMKB ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak sukarelawan UNIMAS yang membantu misi pembersihan pasca banjir ini. Semoga semangat ini terus subur dan menjadi inspirasi kepada lebih ramai pelajar untuk turut serta dalam aktiviti kesukarelawanan.
 
Terima kasih sukarelawan UNIMAS menyantuni UPMKB dalam Misi Sukrelawan UNIMAS baru-bru ini!
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Date of Input: 18/02/2025 | Updated: 18/02/2025 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
W.2025/7/5:22:07:43~noCache