Kota Kinabalu, 16 Ogos – Universiti Putra Malaysia (UPM) telah berjaya mengekalkan status juara keseluruhan dalam Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) kali ke-45 yang telah berlangsung di Universiti Malaysia Sabah dari 8 hingga 16 Ogos 2024.
Setinggi - tinggi tahniah kepada atlet UPMKB yang turut menyumbang pingat buat kontinjen UPM:
En. Remey anak Tahir
1. Pingat Emas Acara Lompat Kijang Lelaki Veteran
2. Pingat Perak Acara Lompat Jauh Lelaki Veteran
3. Pingat Gangsa Acara Badminton Beregu Lelaki Veteran
En. Zulkipli bin Saali
1. Pingat Perak Acara Ping Pong Beregu Lelaki Veteran
Kontinjen UPM memungut 15 pingat emas, 16 pingat perak, dan 13 pingat gangsa, sekaligus meneguhkan kedudukan mereka sebagai juara keseluruhan untuk tahun kedua berturut-turut.
Pencapaian cemerlang UPM menonjolkan komitmen dan semangat juang yang tinggi dalam mempersembahkan prestasi terbaik sepanjang kejohanan ini berlangsung dan agar pada edisi SUKUM yang akan datang, pasukan UPM akan terus mengekalkan kejuaraan dan meningkatkan pungutan emas dengan lebih banyak berbanding sebelum ini.
Date of Input: 19/08/2024 | Updated: 19/08/2024 | lanz
Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia
Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia