UPM SARAWAK–M-FICORD RANCANG JADIKAN UTARA SARAWAK HAB NANAS | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
» NEWS » UPM SARAWAK–M-FICORD RANCANG JADIKAN UTARA SARAWAK HAB NANAS

UPM SARAWAK–M-FICORD RANCANG JADIKAN UTARA SARAWAK HAB NANAS

BINTULU, 11 Ogos – Universiti Putra Malaysia (UPM) Kampus Bintulu Sarawak menerima kunjungan hormat Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (M-FICORD), YB Datuk Dr. Haji Abdul Rahman bin Haji Ismail, semalam.
 
Lawatan tersebut bertujuan membincangkan potensi kerjasama projek penanaman nanas di kawasan utara Sarawak, selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS 2030) yang menekankan pertanian mampan dan peningkatan keterjaminan makanan dengan penekanan kepada PPCP (Public Private Community Partnership).
 
Sarawak juga berhasrat menjadi pengeksport utama nanas di Malaysia dengan mensasarkan keluasan tanaman sebanyak 50,000 ha. Terdahulu, taklimat pengenalan UPM Sarawak telah dibentangkan oleh Prof. Madya Dr. Noorasmah binti Saupi, Dekan Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan mewakili Pengarah UPMS, Prof. Dr. Shahrul Razid Sarbini; pembentangan oleh Ning Planters Sdn. Bhd.; serta pembentangan projek penanaman nanas regeneratif oleh Prof. Madya Dr. Zakry Fitri bin Ab. Aziz (Ketua Jabatan Sains Tanaman).
 
Delegasi kunjungan hormat ini juga turut disertai oleh Dato Yap Foot Loy (Ketua Pegawai Eksekutif Ning Planters Sdn. Bhd.), Encik Kyle Chin Hee (Pegawai Eksekutif Ning Planters Sdn. Bhd.), Encik Carlson Tawi anak Daud (Pegawai Pertanian Jabatan Pertanian Sarawak), Encik Jackson Nanta anak Bernabas (Pegawai Pertanian Jabatan Pertanian Bintulu), Encik Hafriz bin Razak (Pegawai Pertanian Jabatan Pertanian Miri), Puan Jocelyn anak Jonip (Pegawai Pertanian Jabatan Pertanian Bintulu) dan Puan Anggang anak Jimbun (Pegawai Pertanian Jabatan Pertanian Bintulu).
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Date of Input: 13/08/2025 | Updated: 13/08/2025 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
W, (03:58:26pm-04:03:26pm, 17 Aug 2025)   [*LIVETIMESTAMP*]